Thursday 4 August 2011

Jenis Fesyen~*

  Fesyen,sudah lama menjadi tumpuan lelaki dan wanita seluruh dunia.Semua mahu berfesyen teapi tidak dulu.Fesyen dimulakan dengan generasi muda.Seperti Venas Annicolle,wanita tua yang berfesyen lebih daripada remaja.Tetapi,apa pentingnya fesyen?

Fesyen ada berbagai jenis daripada rupa paras.Contohnya:

  • Fesyen gaya seperti Venas Annicolle,fesyen moden seperti artis pop terkenal,Lady Gaga.Nama fesyen ialah Pop-Star Fashion.
  •  Fesyen kedua yang kurang diminati ialah fesyen artis lembut seperti Love Handell.Kumpulan ini kurang diminati kerana cara nyanyian dan fesyen.Nama fesyen ini ialah Soft Fashion. 
  • Fesyen ketiga ialah fesyen lapuk yang digelar Old-People Fashion.Ianya digelar begitu kerana kurang bergaya,kini pupus dan tidak diamalkan generasi sekarang.
  Demikian ajalah keterangan tentang tiga fesyen yang diamalkan oleh generasi kini( bukan aku ) dan dahulu.Sekian,terima kasih.

Rakaman Perbualan ELN

ELN : hi...wat apa tu?
Nafiesha : hi...xda apa2.ty sbab ambil berat.
ELN : no problem.kalau gitu apa gunanya kawan?
Nafiesha : kita kawan ke? kan baru kenal....huhuh...nama apa pun xtaw...
ELN : itu sbab kiter add awak.
Nafiesha : ummm...OK.nama awak ape?
ELN : emy noorhaliza.
Nafiesha : oh,ya?sedap nama tu...dkat macam Siti Nurhaliza.
ELN : tq...nama awak apa?
Nafiesha : entah...saya xpernah taw..
ELN : tipu ajer la taw,ye?
Nafiesha : xtaw btul la..
ELN : OK.OK, serius la sikit abistu camana nak buat fb?
Nafiesha : dah...lupakan tu.umur awak berapa?
ELN : 16..tahun dpan SPM.
Nafiesha : iya,kalau sempat.
ELN : aper maksud awak?
Nafiesha : nothing...saja je...heheheheh...
ELN : umur awak wape lak?
Nafiesha : adalh...saya ni privacy person la.
ELN : k...lain kali sambung tau...i've g2g.
Nafiesha : OK,goodbye!Have a nice day,OK?
ELN : same2u...

Monday 1 August 2011

:) Senyum Itu Sedekah (:

  Ini lawak yang dicipta oleh sepupuku,EE ( sebagai gelaran di sini sahaja, nama sebenar tetap rahsia ).Pada suatu hari,taman kami telah bercadang untuk membina sebuah surau untuk berjemaah.Jadi,kutipan derma telah dilangsungkan.EE pergi berhadapan dengan seorang pak cik yang sedang membina surau sambil tersenyum lebar hingga ke telinga.
  "Eh,hang ni tersengih gutu ja,ada sebab ka?"tegur pak cik itu."Pak cik,saya mendermalah ni,"jawab EElagi lebar senyumannya."Apa?Mana duitnya?"pak cik itu kehairanan.Tapi tiba-tiba senyuman EE pudar.Bertukar kelat!"Inilah!"Kata EE sambil menuding jari ke arah senyumannya.
  "Marsya-ALLAH!Kau ni...Nak kata kecik kau dah besar gajah.Itu bukannya sedekah.Senyum itu sedekah hanya perumpamaan aja,"pak cik itu tergelak,begitu juga aku.EE,kau ni sengaja buat tak tau atau betul tak tau? :D

Kenapa Susah-Susah?

  Setiap kali ke rumah orang,kita akan dilayan.Begitu hormatnya si tuan rumah kepada kita.Tapi kenapa?Kenapa dia nak susah-susah?Setakat jamu kopi tu tak adalah susah tapi sekali jamu nasi,kasihan.Terpaksa berkurang makan demi tetamu yang datang menziarahi.
  Kenapa?Sebab semua orang akan berkati dia,ke?Mungkin ya tapi bawa faedah ke?Kalau kerana adab,nasi tu tak perlu.Setakat biskut kosong pun tak apa.Apa yang khasnya tetamu?Ah,usahlah difikirkan lagi.Itu hal dewasa.
   Ah tak boleh lepaskan!Satu lagi,setiap kali ada tetamu,kelam kabutlah ibu mengemas rumah.Nak kata tetamu dari jauh,tak adalah sangat.Mmm...Bila dah besar pasti aku tahu juga,kan?Okeylah.Out dulu!

Sunday 31 July 2011

Puasa,Raya,Duit,Puasa,Raya,Duit!

  Aku tidak pernah menyedari,selama ini kanak-kanak sebayaku hanya berpuasa kerana wang.Ikutkan hati,aku tak mahu fikir tentang Hari Raya.Baru aja menjelang puasa,kita sudah sibuk.Aku juga tak kisah tentang duit raya.Yang aku fikir,tak mahu puasa batal.Itu aja yang melayang di fikiran.
  Aku juga terfikir sedikit,mahu berbuka puasa sekarang di 1:37 PM hari Isnin tetapi.demi kebanggan ibubapa aku terpaksa bertahan.Padanlah!Sahur tadi makan tak habis.Kan dah terkena...
  Bila menjelang hari yang terindah bagi Islam iaitu Hari Raya,yang paling seronok ialah anak-anak.Tidak terfikirkah mereka?Ibu ayah kena menyediakan duit untuk anak-anak,anak saudara dan sebagainya.Mereka cuma fikirkan wang bukannya ibu ayah.Kasihan...

Anak Malaysia

  Malaysia,negara,negeri,tanahairku.Tiada siapa pernah menjangka wujudnya satu ketenteraman di sebuah negara timur ini.Tiada siapa menyedari sejarah ketika moyang kita mempertahankan tanahair.Biasalah.Budak-budak generasi kini.
  Tiga kali laungan dilaungkan bak azan di surau,iaitu satu perkataan."Merdeka!"Sungguh merdunya laungan itu,ketika Tanah Melayu bebas daripada segala jajahan,tak kira Jepun,Inggeris,Portuguse ataupun British.Sekian lama Malaysia impikan kebebasan,akhirnya mimpi datang ke alam yang benar.

  Kini,senyuman rakyat Malaysia semakin manis.Ketawamu kini rancak kedengaran.SAYA ANAK MALAYSIA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kisah Burung Wak-wak

  Pada suatu hari,kami pulang ke kampung bersama-sama hati yang gembira.Iyalakan,sekali-sekala ayah nak bawak pergi Air Panas Ulu Legong atau tok panggil 'LEGONG'.Semasa hari yang berikut juga,kami telah menjumpai peliharaan yang baru.Bukan kucing bukan arnab.Pelihararaan tu ialah sejenis burung.Spesiesnya juga pupus...Kena lesen la maksudnya!Tapi aku tidak mempunyai apa-apa lesen samada lesen memandu.Lagi-lagilah lesen peliharaan ini.
   Boleh jinak atau tidak aku langsung tak tahu tentang burung ni.Aku tidak biasa bela burung.Bagi makan sambau,Robird (singkatan daripada Robird Chamluv) tak mahu.Apa dia nak makan?Nasi?Ok,ok.Kita (atau lebih sesuai aku) cuba dulu.Belum cuba belum tahu.Oklah.Masanya untuk aku beredar.Skian,wassalam.