Sunday 31 July 2011

Puasa,Raya,Duit,Puasa,Raya,Duit!

  Aku tidak pernah menyedari,selama ini kanak-kanak sebayaku hanya berpuasa kerana wang.Ikutkan hati,aku tak mahu fikir tentang Hari Raya.Baru aja menjelang puasa,kita sudah sibuk.Aku juga tak kisah tentang duit raya.Yang aku fikir,tak mahu puasa batal.Itu aja yang melayang di fikiran.
  Aku juga terfikir sedikit,mahu berbuka puasa sekarang di 1:37 PM hari Isnin tetapi.demi kebanggan ibubapa aku terpaksa bertahan.Padanlah!Sahur tadi makan tak habis.Kan dah terkena...
  Bila menjelang hari yang terindah bagi Islam iaitu Hari Raya,yang paling seronok ialah anak-anak.Tidak terfikirkah mereka?Ibu ayah kena menyediakan duit untuk anak-anak,anak saudara dan sebagainya.Mereka cuma fikirkan wang bukannya ibu ayah.Kasihan...

Anak Malaysia

  Malaysia,negara,negeri,tanahairku.Tiada siapa pernah menjangka wujudnya satu ketenteraman di sebuah negara timur ini.Tiada siapa menyedari sejarah ketika moyang kita mempertahankan tanahair.Biasalah.Budak-budak generasi kini.
  Tiga kali laungan dilaungkan bak azan di surau,iaitu satu perkataan."Merdeka!"Sungguh merdunya laungan itu,ketika Tanah Melayu bebas daripada segala jajahan,tak kira Jepun,Inggeris,Portuguse ataupun British.Sekian lama Malaysia impikan kebebasan,akhirnya mimpi datang ke alam yang benar.

  Kini,senyuman rakyat Malaysia semakin manis.Ketawamu kini rancak kedengaran.SAYA ANAK MALAYSIA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kisah Burung Wak-wak

  Pada suatu hari,kami pulang ke kampung bersama-sama hati yang gembira.Iyalakan,sekali-sekala ayah nak bawak pergi Air Panas Ulu Legong atau tok panggil 'LEGONG'.Semasa hari yang berikut juga,kami telah menjumpai peliharaan yang baru.Bukan kucing bukan arnab.Pelihararaan tu ialah sejenis burung.Spesiesnya juga pupus...Kena lesen la maksudnya!Tapi aku tidak mempunyai apa-apa lesen samada lesen memandu.Lagi-lagilah lesen peliharaan ini.
   Boleh jinak atau tidak aku langsung tak tahu tentang burung ni.Aku tidak biasa bela burung.Bagi makan sambau,Robird (singkatan daripada Robird Chamluv) tak mahu.Apa dia nak makan?Nasi?Ok,ok.Kita (atau lebih sesuai aku) cuba dulu.Belum cuba belum tahu.Oklah.Masanya untuk aku beredar.Skian,wassalam.

Kecewa Kerana ******

  Kecewa datang di hatiku.Seakan-akan mengetawakanku.Kerana sesuatu yang berada di hapanku ini,aku merosot ke nombor dua.Kerana dialah,peluang keemasanku bertukar warna ke silver.Apa boleh buat?Pingat emas turun colour jadi silver.
   Selama ini ayah bonda berbangga kerana kecermelanganku di waktu 2010,aku tumpahkan sebaldi harapan.Menahan semula sebesen kekecewaan.Ayah,ibu,along tak janji samada kali kedua along boleh atau tak. 
  Terima kasih kerana sudi membaca.Jumpa lagi di lain warkah.