Sunday 31 July 2011

Puasa,Raya,Duit,Puasa,Raya,Duit!

  Aku tidak pernah menyedari,selama ini kanak-kanak sebayaku hanya berpuasa kerana wang.Ikutkan hati,aku tak mahu fikir tentang Hari Raya.Baru aja menjelang puasa,kita sudah sibuk.Aku juga tak kisah tentang duit raya.Yang aku fikir,tak mahu puasa batal.Itu aja yang melayang di fikiran.
  Aku juga terfikir sedikit,mahu berbuka puasa sekarang di 1:37 PM hari Isnin tetapi.demi kebanggan ibubapa aku terpaksa bertahan.Padanlah!Sahur tadi makan tak habis.Kan dah terkena...
  Bila menjelang hari yang terindah bagi Islam iaitu Hari Raya,yang paling seronok ialah anak-anak.Tidak terfikirkah mereka?Ibu ayah kena menyediakan duit untuk anak-anak,anak saudara dan sebagainya.Mereka cuma fikirkan wang bukannya ibu ayah.Kasihan...

No comments:

Post a Comment