Monday 1 August 2011

:) Senyum Itu Sedekah (:

  Ini lawak yang dicipta oleh sepupuku,EE ( sebagai gelaran di sini sahaja, nama sebenar tetap rahsia ).Pada suatu hari,taman kami telah bercadang untuk membina sebuah surau untuk berjemaah.Jadi,kutipan derma telah dilangsungkan.EE pergi berhadapan dengan seorang pak cik yang sedang membina surau sambil tersenyum lebar hingga ke telinga.
  "Eh,hang ni tersengih gutu ja,ada sebab ka?"tegur pak cik itu."Pak cik,saya mendermalah ni,"jawab EElagi lebar senyumannya."Apa?Mana duitnya?"pak cik itu kehairanan.Tapi tiba-tiba senyuman EE pudar.Bertukar kelat!"Inilah!"Kata EE sambil menuding jari ke arah senyumannya.
  "Marsya-ALLAH!Kau ni...Nak kata kecik kau dah besar gajah.Itu bukannya sedekah.Senyum itu sedekah hanya perumpamaan aja,"pak cik itu tergelak,begitu juga aku.EE,kau ni sengaja buat tak tau atau betul tak tau? :D

No comments:

Post a Comment