Monday 1 August 2011

Kenapa Susah-Susah?

  Setiap kali ke rumah orang,kita akan dilayan.Begitu hormatnya si tuan rumah kepada kita.Tapi kenapa?Kenapa dia nak susah-susah?Setakat jamu kopi tu tak adalah susah tapi sekali jamu nasi,kasihan.Terpaksa berkurang makan demi tetamu yang datang menziarahi.
  Kenapa?Sebab semua orang akan berkati dia,ke?Mungkin ya tapi bawa faedah ke?Kalau kerana adab,nasi tu tak perlu.Setakat biskut kosong pun tak apa.Apa yang khasnya tetamu?Ah,usahlah difikirkan lagi.Itu hal dewasa.
   Ah tak boleh lepaskan!Satu lagi,setiap kali ada tetamu,kelam kabutlah ibu mengemas rumah.Nak kata tetamu dari jauh,tak adalah sangat.Mmm...Bila dah besar pasti aku tahu juga,kan?Okeylah.Out dulu!

No comments:

Post a Comment